Sunday, January 30, 2011

Kejohanan Catur Tertutup Kelantan 2011

Assalamualaikum...

Maaf sebab ambik masa yang lama dan agak lewat untuk publish info pasal KC2011 ni...lately agak sibuk sampai tak sempat nak mengaktifkan blog ni... Tapi, coverage untuk KC2011 telah dijayakan dengan baik oleh sahabat saya Cikgu Jijoe, Nasrul dan Nik Farouqi di Kelatechessnetwork, Naserov dan blog PCNK.  Kejohanan kali ini ditunjangi oleh Cikgu Nik Azrihan selaku Pengarah Kejohanan.

KC2011 adalah kejohanan pertama anjuran PCNK pada tahun ini. Ia juga merupakan platform untuk memilih tampuk kepimpinan PCNK pada masa hadapan. Sesiapa yang mampu memberi sumbangan tenaga, masa mahu pun wang di alu-alukan menjadi warga PCNK.

Kejohanan kali ini akan diadakan di SMK Pehi, Kuala Krai Kelantan. Kejohanan dua hari ini akan menggunakan kawalan masa selama 45 minit seorang.

Syed Azizi merupakan juara bertahan KC2010 dijangka bakal berdepan cabaran sengit daripada Nik Farouqi, Nik Nazri, Cikgu Mohd Azizul dan Mohd Ariez Azman. 

InsyaAllah KC 2011 akan menjanjikan persaingan yang lebih menarik terutamanya kategori wanita dengan penyertaan yang lebih ramai berbanding tahun lepas...

Win With Pride, Lose With Dignity, Draw by Stalemate / Three Move Repetitions..! :)


0 comments:

Post a Comment