Sunday, September 19, 2010

Kelas Catur Di Kelantan

Assalamualaikum...

Pertama sekali mohon ampun dan maaf sempena Hari Raya ini sebab lama tak update blog ini. Agak sibuk kebelakangan ini dengan hal-hal kerja dan peribadi. Terlalu banyak yang saya tertinggal tentang perkembangan catur di negara ini. 

Anyway, back to business and chess... sukacita dimaklumkan, tak lama lagi Kelas Catur untuk Sekolah-Sekolah di Kelantan serta IPTA dan IPTS yang berminat akan diadakan. Buat masa ini, perkara-perkara seperti yuran dan struktur program sedang dikemaskini.

Bold Mind Consultancy dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kelantan akan menyediakan program latihan catur yang sistematik untuk persediaan wakil - wakil sekolah serta agensi-agensi kerajaan dengan kadar yuran yang berpatutan. Program akan dikendalikan oleh pemain-Pemain catur berpengalaman serta mempunyai FIDE rating > 2000. 

Ini adalah langkah awal untuk menghidupkan sukan catur di Kelantan amnya. Maklumat lanjut akan diupdate nanti...

Sekiranya ada sekolah-sekolah di Kelantan yang berminat untuk mendapatkan khidmat jurulatih, boleh berhubung terus dengan saya di talian 013-9223707 atau emel ke catur.kelantan@gmail.com 

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment