Friday, January 2, 2009

Coffee House Chess Players in Kelantan - Jalan Bayam Weekly Gathering

Below are some of the regular chess players known as "Pencatur Kedai Kopi" in Kelantan. The venue is at Flat Jalan Bayam or Warung belakang Hospital Pakar Perdana. Walaupun kebanyakan pencatur ini tiada raing kebangsaan mahu pun FIDE rating, their playing strength ranges between 1600-2000 rating (Belum disahkan oleh SIRIM, JAKIM mahu pun FIDE sendiri.. hehehe). Biasanya pemain akan main 15-20 min control time ataupun main blitz tengok pada mood masing-masing. Below are some excerpts from our 1st gathering in 2009!


Cikgu Sahadi vs Ariez (masterchess91) sambil di perhatikan oleh arbiter jemputan - Nik Zaharuddin..:)

Cikgu Sahadi merupakan antara "orang lama" dalam sukan catur Kelantan. Beliau merupakan bekas guru catur peringkat MSSK kepada beberapa orang pemain Kelantan seperti Nik Nazri, Wan Mahathir, Marzuki Yaacob, Syed Azizi dan Bad Bishops sendiri (MSSK97)




Cikgu Baharuddin vs Nik Nazri

Cikgu Baharuddin Hamzah merupakan antara pemain catur Kelantan yang sedang meningkat sekarang. Baru-baru ini beliau telah mendapat tempat kesembilan di Shah Alam Open. Tahniah! Bad Bishop ingin juga merakamkan penghargaan kepada Cikgu Baharuddin di atas inisiatif beliau merintis kerjasama dengan Stonemaster menjayakan Klinik Catur di Kuala Krai pada 17 Januari ini dan disusuli dengan Kelantan Amateur Chess 09 pada 9 Mei 2009. Bad Bishop berharap ini akan menjadi pencetus kebangkitan sukan catur di Kelantan amnya.

Nik Nazri merupakan pemain catur Kelantan yang masih menyengat. beliau kini masih menuntut di UPSI (tahun akhir). Bad Bishop berharap bila dah jadi cikgu nanti, Nik Nazri akan terus aktif dalam sukan catur.


Nan Hunter sedang buat-buat cool ketika diasak lawan...

Saudara Aznan a.k.a Nan Hunter adalah salah seorang kaki catur hardcore di Kelantan dan setakat ini antara pakar seri dalam local tournament... dia juga merupakan seorang chess collector yang prolifik.


En. Azlan a.k.a Master of Sicillian

Abe Lae (Abg Lan in Kelantan dialect) merupakan tuan rumah pada gathering kali ini. Walaupun kurang pendedahan mengikuti pertandingan catur, Abe Lae mampu membuat upset sekali sekala terhadap pemain catur terkemuka seperti yang dilakukan pada Kelantan Open 2008 yang lalu terutama apabila diberi peluang bermain hitam menentang 1e4!

Actually, gathering ni tak cukup korum lagi kerana terdapat beberapa pemain lain yang kuat seperti Ghazali Che Kob (Abe li), Bakri Jusoh dan Arjunawira tidak menyertai gathering kali ini.

So kepada pencatur-pencatur Kelantan-Based yang pulang bercuti boleh lah datang ke port kami untuk merapatkan silaturrahim sambil-sambil test market...:)

1 comment:

  1. ada pertandingan catur lagi tak

    ReplyDelete